NO MORE DENGUE PLEASE~

Sebelum saya terlupa dengan insiden yang tidak pernah saya duga ini, ada baiknya saya rasa untuk meneruskannya sebelum terlupa~
Ini adalah bahagian terakhir kisah ini dan saya harap anda enjoy walaupun saya bukanlah penulis sebaik dan sehebat Datuk A. Samad Said dan bukan juga pujangga yang bijak bermain kata-kata~
Saya hanyalah pencinta wanita yang mampu mencairkan wanita dengan kata-kata saya~
YE KE??
Ha! Ha! Ha!
Joking! Kalo betul, dah tentu saya ada ramai awek kan~
Ini? Terpaksa menyanyikan lagu "Munajat Cinta" setiap malam ditemani gitar usang dan berharap jodoh akan sampai sebelum terlambat~
OH MY GOAT! Dah jauh lari tajuk asal!
Baiklah, mari kita mulakan~
Saya pasti, sudah ramai yang ternanti-nanti episod ini kan?
Kah! Kah! Kah!

Berat mata memandang, berat lagi badan menanggung~
(Sambungan episod lalu~ Ceh! Ala-ala drama gitu~ COOL!)

Aku pun menerima hakikat yang aku akan duduk kat hospital di ketika itu~
"Adik pegi sana, dekat abang tuh, cucuk jarum untuk masuk air~"
Kata doktor perempuan yang agak comel itu~
"........."
Aku tidak mampu untuk berkata apa-apa~
Asyik-asyik jarum! Jarum! Jarum! Jarum!
Dengan selambanya abang doktor itu menarik tangan kiriku dan memasukkan jarum yang agak panjang menembusi kulit dan memasuki salur uratku~
"Adeyh~"
Bisik hatiku sambil menyanyi lagu kegemaranku konon untuk mengurangkan NERVOUS~
Abang doktor itu kemudian menarik semula jarum yang panjang itu dan menutup pendarahan yang berlaku dengan menggunakan kapas~
Dengan selambanya, sekali lagi dia menarik tangan kananku dan mengulangi benda yang sama~
Aku agak keliru ketika itu~
Owh~ Rupa-rupanya, sebelah kiri tadi tak jadi~ Habis bengkak tangan kiri aku~
Bengkak lagi besar dari gigitan penyengat~
"Ndak papa ka neyh genk?"
Soalku kepada memberku yang juga berasal daripada Borneo~
"Ala, nanti okay la.. Pandai la dorang tuh..!"
Jawabnya cuba menenangkanku~
"Genk, aku balik dulu, aku ada kerja neyh! Malam nanti aku datang lawat ko yaa.."
Kata kawanku sambil tersengih~
"Sorilah.. Masin pulak mulutku.. Tengok, ada sudah orang kenak tahan.. Ha! Ha! Ha!"
Gelaknya membuatku rasa nak terbuang air kecil memikirkan nasibku yang malang ini~
"Okay.."
Jawabku sambil ketawa kecil~ Konon untuk cover la~ Padahal, jantung berdegup kencang~


Selepas register, aku di bawa masuk wad yang agak crowded~
Air yang mengandungi Sodium Chloride sudah sedia memasuki aliran darahku~
Hampir sejam aku duduk menunggu giliran aku dan melihat aksi cucuk-menyucuk picagari yang dijalankan oleh doktor~
"Makk aii! Besarnya jarum! Banyaknya mereka ambil darah! Aku macam tuh jugak ke? Harap-harap tidaklah.. Aku tak sanggup!"
Kata hatiku sambil menelan air liur dan sedang memikirkan cara untuk melarikan diri~
Kemudian, aku dengan beraninya menyapa seorang lelaki India yang agak tua~
"Sakit apa uncle? Besarnya jarum.."
"Darah tinggi.. Itu la pasal, saya sudah tidak sanggup tengok itu jarum.."
Katanya sambil tersengih-sengih~
Aku pun adalah rasa sedikit tenang~
Rasanya, aku takkan kena~ Jarum besar itu mungkin hanya untuk pesakit darah tinggi~

TANGAN ARTIS~ HA! HA! HA! 
"Mazeer! Kamu denggi yea.. Bla~ Bla~ Bla~"
Kata doktor perempuan berbangsa India mengulangi soalan yang dikemukan kepadaku sebelum ini~
Okay, kita kena ambil darah~
"NAAAHHHH!!! JARUM BESAR!!"
Bisik hatiku yang terkejut melihat jarum itu~
 Doktor itu kemudian melakukan prosedur itu dengan berhati-hati~
"Alamak! Mazeer.. Darah kamu tak keluar lah! Saya try tepi neyh lagi tau.."
"Okay.. Cucuk la mana-mana, yang penting darah keluar.."
Jawabku pasrah dengan nasib yang ku alami~
"Susahlah kalau macam neyh.. Kamu kena ambil darah empat kali sehari tau.."
Aku hanya senyap dan terdiam sambil beristighfar~

Wow~
 Baru aku faham kenapa mereka mengambil darah agak banyak~
Mereka membahagikan darah yang diambil ke dalam 3 ke 4 tabung uji~
Mereka pastinya menjalankan eksperimen terhadap darah pesakit~
"Alamak! Tak cukup! Kena ambil lagi.."
Darah yang doktor tadi tuh ambil tak cukup untuk dimuatkan ke dalam semua tabung uji~
Aku kena lagi beb!
Tak sampai 4 jam masuk hospital, dah hancur lengan aku~
"Minum banyak-banyak HUNDRED PLUS tau!"
Pesan doktor dengan muka yang serius~
"Okay.. Tapi, boleh tak saya keluar sekejap? Saya takde 100+ la.. Saya nak pegi beli.."
"Hm.. Pesakit denggi tak bleh suka-suka keluar.. Kamu takde kawan atau family ke? Suruh belikan je.."
Memang bijak kan~ Suruh minum 100+ dan untuk dapatkan 100+ kena beli~ Aku pulak, mana la tahu yang takdir aku kena tahan~
"Sabar je laaa...."
Aku kemudian di bawa ke katil pesakit~
Pesakit-pesakit dan orang-orang di sekitarku agak peramah terutama mak cik yang menjaga suaminya yang ditahan akibat darah tinggi dan lelaki india yang agak muda dan menerima nasib yang sama sepertiku, DENGGI~
"Nah air nak! Kalau nak lagi, cakap.. Mak cik ambilkan lagi.."
Kata mak cik yang mungkin kasihan melihatku makan tanpa setitik air pun~
"Eh, mak cik neyh! Susah-susah lagi.."
Jawabku dengan muka INNOCENT dan mungkin agak comel ketika itu akibat terharu~
Ha! Ha! Ha!
Ye ke comel?

"Kawan, kamu kenapa? denggi ke?"
Soal lelaki India yang berada di sebelahku~
"Ye.. Kamu? Bila kena tahan?"
"Samalah.. Saya masuk semalam.."
Kelihatan, lelaki itu lagi teruk daripadaku~
"Nah kawan! Minumlah!"
Dia menghulurkan sebotol kecil 100+ kepadaku~
"Eh, takpelah! Kejap lagi saya beli.."
Dia hanya menghulur dan demi manjaga hati, aku pun mengambil dan meminumnya~
Sangat panas wad itu~ Dan kelihatan, memang bukan wad khas untuk pesakit denggi~ Kelihatan juga, pesakit-pesakit ada yang dalam tahap kritikal~
"Alamak! Apa aku nak buat neyh? Tidolah.."
Kataku sambil tersenyum sendiri~

Sebijik muka aku masa tuh!

"Mazeer! Mazeer! Darah kamu menggumpal dengan cepatlah! Saya tak sempat hantar ke makmal!"
Kata doktor mengejutkanku dan semestinya ingin mengambil darahku lagi~
Aku hanya mampu tersenyum~
"Sori tau.. Thanks god! Kali ini darah kamu senang untuk diambil!"
Kata doktor itu seolah-olah bermonolog dalaman~
"Kamu akan ditukarkan ke wad bawah khas untuk pesakit denggi tau! Kalau di situ, senanglah kamu nak beli barang.."
Yes! akhirnya aku ditukarkan ke wad yang lebih selesa dan agak sejuk~
Memang PORT terbaik untuk tidur~

Lupa pulak aku nak ceritakan bagaimana reaksi keluargaku~
Mereka semua sudah cemas dan call aku terutama mak kesayangan aku~
Dia bercakap agak tenang dan aku dapat rasa bangaimana tahap kerisauannya~
Akak dan kawan sekampungku yang bekerja sebagai polis berjanji akan melawatku petang nanti~
"Apa kau mau? Bubur mcD? Biskut? Roti?"
Soal mereka bermacam-macam membuat fikiranku bercelaru untuk memilih sama ada ingin memilih handphone ataupun iPOD~
Alamak! Terlebih sudah~ Mereka tak offer pun barang-barang tuh! 
Wakakakaka! Sori, imaginasi terlalu tinggi~
"Bawak 100+ jak okay.."
Jawabku dengan selamba~
Datanglah mereka dengan makanan yang menyelerakan dan 100+ berbotol-botol membuatku gerun untuk menghabiskannya~

Terima kasih jugak buat semua member-member yang sibuk SMS dan CALL aku di saat aku memerlukan sokongan~
Tidak lupa jugak buat member-member facebook yang turut memberi sokongan~
Begitu juga dengan member kelas aku~
Akhirnya, aku menyedari betapa ramai member aku ada dan betapa mereka mengambil berat mengenai aku~
I LOVE YOU ALL GUYS!!
"Mazeer! Melampaunya kau! Masuk hospital ndak bagitau aku!!!"
Marah salah seorang kawanku yang turut berada di perantauan~
Aku hanya mampu diam dan mengatakan yang aku okay~
Lihat, betapa sayangnya mereka denganku~
He! He! He!

Kemudian, datanglah member polis aku dan seorang kawannya diikuti akak dan boyfriendnya serta member hensem yang rajin menghantarku dengan makwenya~
Sungguh! Aku sangat bersyukur mempunyai saudara yang indah seperti mereka~

Memang betul! Duduk hospital sangat selesa!
Makan disediakan dan apa yang kita perlu lakukan, terlentang di katil dan buat muka sakit~
Apa yang membuatkan aku tak suka?
Makk aiii~ Picagari setiap enam jam beb! Mampus aku!
Ubat berwarna hijau yang diberikan pulak, sangat masin~ 
Ntah lemon campur apa ke bendenya tuh~

Pagi itu, seawal pukul 5 pagi aku dikejutkan~
"Nak ambil darah!"
Ntah kenapa pagi itu terasa sangat sakit bila picagai memasuki salur darahku~
Terasa sangat sakit dan berdenyut-denyut~
Hatiku hanya mampu mengingati Tuhan dan seolah-olah menjerit memanggil ibuku~
Teringat pula malam itu bila seorang wanita bertanya kepadaku~
"Takde orang jaga ke?"
Aku hanya mampu tersengih dan menjawab~
"Takde.."
Soalan itu sangat munusuk jauh ke jantungku~
Seolah-olah jarum yang menusuk urat nadiku~
Kan hebat kalo aku jatuh sakit kat kampung je?
Ada mak, ada ayah, ada ramai keluarga boleh menjagaku~
Maklumlah, aku kan anak kesayangan~
Wakakakakaka!

Kemudian, pagi itu juga, doktor memaklumkan PLATLET aku dah naik semula dan sekiranya petang masih maintain, aku boleh keluar hospital~
Apa lagi? Mandi dan berHANDSOME-HANDSOME walaupun tak handsome lah!
Dengan izin dan rahmat dari Allah, aku dilepaskan petang itu~
Keluar hospital perasaannya sepeti artis~
Salam-bersalaman sesama insan~
Kelihatannya, pesakit-pesakit denggi di sekelilingku yang agak tergamam melihatku~
Apa taknya, mereka tak leh balik walaupun dah dua tiga hari kene tahan~
Aku plak selamba sehari plus beberapa jam kene tahan, dah bleh balik~
Dorang tak sedar apa yang aku buat~
Dorang tidur, aku bangun minum 100+ dan even aku nak gi toilet pun still minum benda tuh~
Sampai sekarang, aku seakan-akan dah addict dengan 100+!


So, cerita neyh habis di sini~
Aku harap, No More Dengue For Me~
Alamak! Tadi siang aku tidur, aku kena gigit nyamuk lagi la!
Amacam neyh? Adakah aku akan kena lagi?
Doakan aku dan seluruh manusia agar dijauhi dari segala penyakit dan musibah, okay?
PEACE!!

Photobucket